Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

5.10.14

Tutorial Membesarkan Ikon Mengikut Kesukaan

Assalamualaikum~! :)

Trik Membesarkan Ikon Mengikut Kehendak| Wassup wassup yow! Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada korang semua. Jangan makan banyak sangat daging, nanti darah tinggi yaa~ Okay, okay! Oleh kerana blog ICT dah lama tak berupdatekan entry,  aku bizi PT3!  jadi kali ni, aku akan share dengan korang satu trik untuk buat ikon membesar dengan sangat sangat sangat mudah. 

Btw, aku tak sure trik ni boleh guna ke tak untuk window version XP atau yang lebih lama. *MacOS lagi laa tatau* Tapi yang pasti, untuk window 7 & window 8 user, keep reading fellas!

15.9.14

Apa itu Ransomware?

Assalamualaikum~! :)

Apa itu Ransomware?| Suatu ketika dahulu, lappy aku pernah terjadi sesuatu yang tak pernah di dugakan. Terkejut bagai aku waktu tu. Habis kecoh satu rumah Selepas buat reseacrh kat internet tentang masalah lappy aku tu, jumpa jugak akhirnya.

Skang lappy aku dah Okay! Alhamdulillah, Sihat walafiat~ Nak tau apa jadi kat lappy aku? Mai nak cita~! :D

29.8.14

Menyekat Game Request di Facebook

Assalamualaikum~! :)

Menyekat Game Request di Facebook| Bila log in jer Facebook, mesti suka jer bila tengok notification tu dah berlambak masuk, kan? Tapi, bila klik jer noti tu..... krik.... krik~ Semuanya game request yang ntah pape ntah. Arghhhh!

Aku memang tau perasaan ni. T^T So, kehadiran aku ke sini dan merajinkan diri menaip adalah untuk mengkongsikan caranya bagaimana nak sekat semua ni daripada masuk ke dalam noti kita. Check it out!

16.8.14

Perjalanan Lancar Tanpa Gangguan Trafik & Roadblock [Waze]

Assalamualaikum~! :)

Perjalanan Lancar Tanpa Gangguan Trafik & Roadblock [Waze]| Dalam musim perayaan ini, ramai yang merancang untuk pulang ke kampung. Tambahan lagi, ada kampung yang jauhnya sangatlah jauh! Ini amatlah menyukarkan kita dalam keadaan ini kerana sudah tentu jalan yang sesak tambahan pula roadblock polis.

So, kat sini aku akan perkenalkan satu laman sesawang yang dapat membantu korang dalam perjalanan yang lancar dan rilekss braderr~ Check it out!

2.8.14

Menyunting Gambar Support Gaza daripada Aman Palestin

Assalamualaikum~ :)

Menyunting Gambar Support Gaza daripada Aman Palestin| Saper yang tak kenalkan dengan page Facebook Aman Palestin tu yang sentiasa berupdate tentang isu-isu peperangan dan kekejaman rejim zionis Israel laknatullah di Gaza dan juga tentang kejayaan Briged Izzudin Al-Qassam dalam menentang askar-askar Israel ni.

So pada 1 Ogos 2014, seorang Facebookers, Nur Hidayah telah pun menghasilkan satu gambar support Gaza (gambar atas tuu~)  dan dikirimkan kepada Aman Palestin bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin. Kat gambar tu, korang boleh tuliskan nama korang pada gambar. Aku tengok ramai yang tak berapa nak reti edit gambar tu jadi aku mengambil kesempatanlah untuk tolong ajarkan serba sedikit apa yang patut. Btw, step yang aku akan ajarkan ni khas untuk simple dan mudah jer iaitu guna tool Paint.  Kalau korang nak lebih advance, boleh guna Photoshop, Gimp atau lain-lain. #SupportGAZA

27.7.14

Selamat Menyambut Aidilfitri~

Assalamualaikum~! :)

        Bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya selaku admin kepada blog Eye See Tea™ ingin menyusun sepuluh jari dan menaip untuk artikel Selamat Menyambut Aidilfitri~ ini atas dasar ingin memohon ampun dan maaf kepada semua reader ICT andai kata ada tersalah silap bahasa dalam entri-entri di blog ini dan sekiranya ada mengkongsikan ilmu IT yang salah dan segala kesalahan yang pernah saya lakukan. Kosong - kosong yaa! :)

────────────────────────────
Sudah sebulan kita berpuasa,
Aidilfitri menjelang jua,
Sepuluh jari disusun ampun dipinta,
Selamat menyambut Aidilfitri yag mulia~ :)
────────────────────────────

Kelajuan 5G Tunjuk Belang

Assalamualaikum~! :)

Kelajuan 5G Tunjuk Belang| Di kala Malaysia masih lagi merangkak-rangkak dalam pencapaian kelajuan network 4G yang dapat dikira pantas itu, kita pasti terkejut apabila dikabarkan dengan kelajuan network 5G.

19.7.14

Tutorial Lihat di Sebalik ••••••••

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Lihat di Sebalik ●●●●●●●●| Pernah tak bila korang pergi cyber cafe atau komputer kat rumah jer, korang buka Facebook atau Twitter, Wallah! Dah tersedia email dan password orang yang log in sebelum tu?!

Ni biasanya kes lupa nak untick pada remember me laa ni. Okay! Jadi, aku nak share sikit caranya bagaimana nak tengok di sebalik hidden password tu atau ●●●●●●●● ni. Start!

12.7.14

Ubah Text di Mana-Mana Page Sesuka Hati


Assalamualaikum~! :)

Ubah Text di Mana-Mana Page Sesuka Hati| Tentu kita pon naik jemu bila pergi jer mana-mana page yang selalu kita pergi dan tengok text dia sama jer, kan? Kadang-kadang, kita pon nak sesuatu yang berlainan jugak. 

So, sebelum berbuka puasa ni, aku akan share dengan korang cara nak ubah text kat mana-mana page sesuka hati korang. Jom usha!

5.7.14

Tutorial Download Gambar Dari Instagram

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Download Gambar Dari Instagram| Annyeong! Tiba-tiba plak terasa nak update entri sebelum berbuka puasa ni. Hehe. Okay! Sebagai pengenalan, Instagram merupakan aplikasi media sosial bagi pengguna Android mahupun IOS. Di Instagram, korang boleh upload gambar korang sendiri. Namun kini, Instagram sudah dilengkapi dengan sokongan mengupload video sekali (hanya video pendek).

Tapi, bukan itu yang kita akan kupaskan hari ni. Cehh, ayat skema bagai! xD Untuk entri kali ni, aku akan share dengan korang macam mana caranya kita nak dapatkan gambar dari instagram.

4.7.14

Convert Video Youtube ke MP3

Assalamualaikum~! :)


Tukar Video Youtube Ke MP3| Yow wassup reader ICT! Dah lama kita tak bersua, akhirnya berpeluang juga, di bulan Ramadan yang mulia, semoga diberkati-Nya :) 

Okay! Untuk tuto kali ni, aku akan share dengan korang macam mana caranya nak convert youtube video ke mp3 dan men-downloadnya terus.


Di bulan Ramadan ni, entri tak panjang sangat coz tak larat nak taip, so straight to the point okay! Hehe. :3

28.6.14

Semak Keaslian Handphone Lenovo Anda

Assalamualaikum~! :)

Semak Keaslian Handphone Lenovo Anda| Pada awal tahun 2014 ini, kita sering kali terjumpa dengan handphone lenovo yang melimpahi pasaran di Malaysia ini. Rambang mata jugak lah kan? Tapi, berapa banyakkah handphone lenovo itu yang asli (original) dan berkualiti? Jom kita cuba semak keaslian handphone lenovo korang tu!

Marhaban Yaa Ramadhan~

Assalamualaikum~! :)

InsyaAllah, pada Ahad 29 Julai 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 hijrah, seluruh umat islam akan menunaikan ibadat puasa demi menunaikan kewajipan sebagai seorang mukmin. 

Berkesempatan ini, saya admin eye-see-tea-blog.blogspot.com ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua reader ICT yang awesome-awesome dan juga kepada seluruh umat islam di muka bumi Allah Azza Wajalla ini. Semoga ramadhan pada kali ini penuh barokah dan dilimpahkan kurnia-Nya selalu. Allahumma balighna fi romadhon. Amin~ :)

Marhaban Yaa Ramadhan~

10.6.14

Tutorial Mengaktifkan 'God Mode' di Komputer Anda

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Mengaktifkan 'God Mode' di Komputer Anda| Wargghhh! Gempak habis bunyi tajuk entri tutorial kali ni. Hahaha! Watlek watpiece~ Okay! Bagi sesetengah orang mungkin dah tau apa tu God Mode tapi aku akan share jugak bagi yang tak tau tu. Mungkin korang tertanya apa tu God Mode, kan? 

Apa God Mode tu??
Untuk pengetahuan korang, God Mode merupakan kesemua settings dari Control Panel yang telah dihimpunkan ke dalam satu folder. Folder ini akan menampilkan kesemua settings dan utiliti komputer korang yang tersembunyi dan susah untuk dicari dalam bentuk tampilan simple. (atau mungkin memeningkan, kot?!)

8.6.14

Layari Internet Tanpa Gangguan Iklan [AdBlock]

Assalamualaikum~! :)

Layari Internet Tanpa Gangguan Iklan [AdBlock]| Pernah tak bila korang sedang syok tengah main Facebook, Twitter, blogwalking, baca something kat internet tiba-tiba ada pop-up iklan yang keluar? Yaa, benda ni memang sentiasa berlaku di alam maya. Ini kerana pemilik website itu sendiri ingin mengaut keuntungan dengan menyewakan ruang kosong di bahagian website diorang dengan meletakkan iklan dari penaja-penaja yang ingin mengiklankan produk mereka.


Kalau korang tengok pada blog aku sendiri, korang akan dapati ada 3 iklan (bawah header, kat sidebar, bawah entri). Jadi, aku akan share dengan korang cara nak hilangkan iklan-iklan tu semua. Tapi janganlah hilangkan kat blog aku pulak, hehe.

2.6.14

Belajar Menaip Secara Online


Assalamualaikum~! :)

Belajar Menaip Secara Online| Pada masa kini, kelajuan menaip bagi seseorang amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti kerani, akauntan, guru dan lain-lain bidang dan ianya menjadi perkara asas bagi masyarakat kini. Dan kini, sudah banyak individu-individu yang bertanggungjawab dengan menjadi tenaga pengajar dalam mengajar cara menaip yang betul dan pantas.

Selain itu, terdapat juga laman sesawang yang telah ditubuhkan untuk mengajar orang ramai cara menaip dengan betul dan pantas dan yang paling penting, ianya percuma! Aku pun bukannya hebat sangat menaip tapi kalau ada yang nak shoulder-briefing (jenguk melalui bahu) bila aku nak tulis password, konfem dia tak boleh baca. Btw, jom usha! :D

1.6.14

Tutorial Membuat Slideshow Desktop Background

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Membuat Slideshow Desktop Background| Desktop background merupakan paparan yang penting bagi komputer kita sebagai 'pengnghias' komputer. Jadi, sudah pasti kita inginkan gambar yang menarik, unik ataupun... slideshow?!


Btw sebelum kita mula, cuba perhatikan gambar bergerak yang kat atas tu. *Maaf, gambar kabur sikit!* Kita akan buat slideshow background seperti tulah. Okay, let's start!

31.5.14

Tutorial Tukar Theme Google, Facebook dan Banyak Lagi! [Stylish]

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Tukar Theme Google, Facebook dan Banyak Lagi! [Stylish]| Awal tahun 2014 ni, ramai spammer telah bertindak jahat dengan menyebar virus script automantion dalam facebook dengan menge-post kononnya boleh tukar theme facebook. Tetapi hakikatnya tu semua palsu, ianya hanya virus automantion.

Tapi bagi yang nak juga tukar theme facebook korang tu, kat sini aku akan share dengan korang caranya. Bukan setakat facebook jer, malah dengan google, youtube dan banyak lagi korang boleh tukar. Jom sergah!

30.5.14

Tutorial Boot Dalam Safe Mode

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Boot Dalam Safe Boot| Hello reader ICT yang awesome sekalian! Long time no see, kan? Biasa laa bagi budak hostel macam aku ni, time cuti macam ni laa baru boleh berhadapan dengan game, blog, fesbuk, tuiter dan lain-lain benda alah tu.

Baru-baru ni, aku dapat request dari seorang reader ICT (AkuGeek) untuk berkongsi cara mudah untuk boot ke dalam safe mode. So, entri kali ni khas untuk AkuGeek! :D

16.5.14

Berbelanja Untuk Fesyen! [AZ Garage Outlet]

Assalamualaikum~! :)

Berbelanja Untuk Fesyen! [AZ Garage Outlet]| Yoo wassap reader ICT sekalian! Jangan pelik, jangan hairan. Untuk entri kali ini, kita tidak akan bersama IT mahupun tutorial Photoshop tapi kita akan bersama menerokai dunia Fesyen. Oh Yeah!

Okay! Untuk entri kali ni, aku akan share dengan korang satu kedai online awesome yang di mana kedai online ini menjual pakaian berjenama yang original. Kedai ini diberi nama AZ Garage Outlet. Sekarang, korang dah tak payah nak bazirkan petrol untuk pergi ke hypermarket, pasar malam semata-mata nak dapatkan pakaian berjenama yang ori. Korang hanya perlu mengadap komputer dan terus laya AZ Garage Outlet ni dan pilih yang mana berkenan! =D

Di AZ Garage Outlet, korang akan disajikan dengan pelbagai pakaian berjenama yang original mahupun untuk lelaki atau perempuan. Antara jenama popular yang disediakan ialah Levi's, Momotaro, Lee, Adidas, Fred Perry dan lain-lain. Dari segi harga pula, korang tidak perlu risau dengannya. AZ Garage Outlet menyediakan harga yang barpatutan dan munasabah dengan kualiti dan jenama pakaian.

Jom usha pakaian dan aksesori awesome yang ada kat AZ Garage Outlet! =D




Kemeja dan T-Shirt Fred Perry



T-Shirt Ikan Koi sulam



Beg sandang Fred Perry




Momotaro Jeans Bootcut

So, amacam? Dah rambang mata korang tu? Tuu baru sikit jer daripada AZ Garage OutletCepat-cepat klik link Facebook fanpage AZ Garage Outlet untuk tengok yang lain dan jangan lupa untuk LIKE dan berbelanja yaa! =D **like sahaja pon dah cukup :3 ► https://www.facebook.com/AZgarageoutlet ◄

Wassalamualaikum~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...