Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

27.12.13

Apa itu Storan Awan?


Apa itu Storan Awan?| Ermm, mungkin ramai yang pernah dengar tentang Dropbox, Google Drive, Sugar Sync, box, iCloud, SkyDrive, mozy dan lain-lain. Tapi, tahu ke kita apa benda semua tu? Okay, lets solve this puzzle! :D

Kesemua benda yang tersenarai di atas itu ialah storan awan. Awan merujuk kepada tempat di Internet, seperti Dropbox, di mana korang boleh menyimpan (upload) pelbagai jenis maklumat seperti foto, muzik, dokumen dan video; apa sahaja yang berfungsi seperti fail dan mendapatkannya dengan mudah daripada komputer, telefon, TV atau peranti lain dengan sambungan Internet.(download balik)



Ia juga boleh dirujuk kepada alat yang direka bentuk secara khusus untuk digunakan dalam talian. File-file yang korang upload di storan awan juga boleh dikongsi dengan orang lain atau jadikannya peribadi. - Sumber: Windows Phone


Storan awan juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan backup file sementara laptop/komputer korang di format. Korang tak perlu risau tentang kehilangan/deleted fail korang di dalam storan awan kerana majoriti storan awan tidak akan mendelete fail walaupun korang dah lama tak bukak storan tu. Sesetengah storan awan akan mengenakan bayaran untuk mendaftar(Sign Up) mahupun untuk menambah tempoh penggunaan.

Ok, thats all and puzzled solve! :D 
Kalau korang masih tak faham, komen. Dan kalau korang nak daftar storan cloud, boleh laa search google. In sha Allah, untuk next entri aku akan listkan storan awan untuk korang! :D

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...