Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

28.6.14

Semak Keaslian Handphone Lenovo Anda

Assalamualaikum~! :)

Semak Keaslian Handphone Lenovo Anda| Pada awal tahun 2014 ini, kita sering kali terjumpa dengan handphone lenovo yang melimpahi pasaran di Malaysia ini. Rambang mata jugak lah kan? Tapi, berapa banyakkah handphone lenovo itu yang asli (original) dan berkualiti? Jom kita cuba semak keaslian handphone lenovo korang tu!

Marhaban Yaa Ramadhan~

Assalamualaikum~! :)

InsyaAllah, pada Ahad 29 Julai 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 hijrah, seluruh umat islam akan menunaikan ibadat puasa demi menunaikan kewajipan sebagai seorang mukmin. 

Berkesempatan ini, saya admin eye-see-tea-blog.blogspot.com ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua reader ICT yang awesome-awesome dan juga kepada seluruh umat islam di muka bumi Allah Azza Wajalla ini. Semoga ramadhan pada kali ini penuh barokah dan dilimpahkan kurnia-Nya selalu. Allahumma balighna fi romadhon. Amin~ :)

Marhaban Yaa Ramadhan~

12.6.14

Membuat Double Stroke [Photoshop]

Assalamualaikum~! :)

Membuat Double Stroke Mudah [Photoshop]| Wassup reader ICT! Yeaa, and another one request daripada sahabat reader ICT! Terima kasih daun keladi kepada reader kita ni untuk request tu, kalau tak, dah tak ber-update laa blog ni. Hehee~

"Bro, nak request sikit ni. Tolong buat tuto photoshop cara nak buat double lain tuu (stroke). Thanks!" 


Actually, nak buat double stroke tu hanya kerja mudah jer tapi kita jer yang tak perasan cara ni. Soo, ketibaan aku disini adalah untuk mengkongsikan ilmu yang terkubur di benak kepala ni kepada korang. Okay, less talk, more work bebehhh!

10.6.14

Tutorial Mengaktifkan 'God Mode' di Komputer Anda

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Mengaktifkan 'God Mode' di Komputer Anda| Wargghhh! Gempak habis bunyi tajuk entri tutorial kali ni. Hahaha! Watlek watpiece~ Okay! Bagi sesetengah orang mungkin dah tau apa tu God Mode tapi aku akan share jugak bagi yang tak tau tu. Mungkin korang tertanya apa tu God Mode, kan? 

Apa God Mode tu??
Untuk pengetahuan korang, God Mode merupakan kesemua settings dari Control Panel yang telah dihimpunkan ke dalam satu folder. Folder ini akan menampilkan kesemua settings dan utiliti komputer korang yang tersembunyi dan susah untuk dicari dalam bentuk tampilan simple. (atau mungkin memeningkan, kot?!)

8.6.14

Layari Internet Tanpa Gangguan Iklan [AdBlock]

Assalamualaikum~! :)

Layari Internet Tanpa Gangguan Iklan [AdBlock]| Pernah tak bila korang sedang syok tengah main Facebook, Twitter, blogwalking, baca something kat internet tiba-tiba ada pop-up iklan yang keluar? Yaa, benda ni memang sentiasa berlaku di alam maya. Ini kerana pemilik website itu sendiri ingin mengaut keuntungan dengan menyewakan ruang kosong di bahagian website diorang dengan meletakkan iklan dari penaja-penaja yang ingin mengiklankan produk mereka.


Kalau korang tengok pada blog aku sendiri, korang akan dapati ada 3 iklan (bawah header, kat sidebar, bawah entri). Jadi, aku akan share dengan korang cara nak hilangkan iklan-iklan tu semua. Tapi janganlah hilangkan kat blog aku pulak, hehe.

6.6.14

Menghasilkan Efek Colour Splash [Photoshop]

Assalamualaikum~! :)

Menghasilkan Efek Colour Splash [Photoshop]| Untuk entri photoshop kali ini, kita akan cuba buat gambar efek splash. Kita sering kali terjumpa gambar efek sebegini tapi tak tahu apa namanya dan macam mana nak buat, kan? Kalau tak tahu macam mana rupa efek colour splash tu, boleh spotcheck gambar yang kat atas tu.

Okay, untuk buat tuto ni, korang perlu ada software Adobe Photoshop. Bagi sesiapa yang belum ada lagi Photoshop ni, korang boleh baca ni dan mai sini balik~! :D
Download Adobe Photoshop CS6

2.6.14

Belajar Menaip Secara Online


Assalamualaikum~! :)

Belajar Menaip Secara Online| Pada masa kini, kelajuan menaip bagi seseorang amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti kerani, akauntan, guru dan lain-lain bidang dan ianya menjadi perkara asas bagi masyarakat kini. Dan kini, sudah banyak individu-individu yang bertanggungjawab dengan menjadi tenaga pengajar dalam mengajar cara menaip yang betul dan pantas.

Selain itu, terdapat juga laman sesawang yang telah ditubuhkan untuk mengajar orang ramai cara menaip dengan betul dan pantas dan yang paling penting, ianya percuma! Aku pun bukannya hebat sangat menaip tapi kalau ada yang nak shoulder-briefing (jenguk melalui bahu) bila aku nak tulis password, konfem dia tak boleh baca. Btw, jom usha! :D

1.6.14

Tutorial Membuat Slideshow Desktop Background

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Membuat Slideshow Desktop Background| Desktop background merupakan paparan yang penting bagi komputer kita sebagai 'pengnghias' komputer. Jadi, sudah pasti kita inginkan gambar yang menarik, unik ataupun... slideshow?!


Btw sebelum kita mula, cuba perhatikan gambar bergerak yang kat atas tu. *Maaf, gambar kabur sikit!* Kita akan buat slideshow background seperti tulah. Okay, let's start!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...