Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

10.6.14

Tutorial Mengaktifkan 'God Mode' di Komputer Anda

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Mengaktifkan 'God Mode' di Komputer Anda| Wargghhh! Gempak habis bunyi tajuk entri tutorial kali ni. Hahaha! Watlek watpiece~ Okay! Bagi sesetengah orang mungkin dah tau apa tu God Mode tapi aku akan share jugak bagi yang tak tau tu. Mungkin korang tertanya apa tu God Mode, kan? 

Apa God Mode tu??
Untuk pengetahuan korang, God Mode merupakan kesemua settings dari Control Panel yang telah dihimpunkan ke dalam satu folder. Folder ini akan menampilkan kesemua settings dan utiliti komputer korang yang tersembunyi dan susah untuk dicari dalam bentuk tampilan simple. (atau mungkin memeningkan, kot?!)

Okay! Untuk mengaktifkan God Mode, korang ikut step di bawah ni.

Step 1 
Buat satu folder di desktop atau kat mana-mana sahaja.

Step 2
Kemudian korang renamekan foler tadi dengan text kat bawah ni:
GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

Step 3
Dengan serta merta folder tadi akan bertukar menjadi ikon Control Panel. Tu maknanya korang dah berjaya!

Final Step
Explore! =)

p/s: aku rasa control panel yang biasa lebih mudah untuk difahami kot?! Lain orang, lain rasa, kan? ^^

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...