Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

15.9.14

Apa itu Ransomware?

Assalamualaikum~! :)

Apa itu Ransomware?| Suatu ketika dahulu, lappy aku pernah terjadi sesuatu yang tak pernah di dugakan. Terkejut bagai aku waktu tu. Habis kecoh satu rumah Selepas buat reseacrh kat internet tentang masalah lappy aku tu, jumpa jugak akhirnya.

Skang lappy aku dah Okay! Alhamdulillah, Sihat walafiat~ Nak tau apa jadi kat lappy aku? Mai nak cita~! :D

RANSOMWARE!
Nilah masalah dia, Huh! >:( Ransomware merupakan sejenis perisian berniat jahat yang berfungsi untuk mengunci (locked) komputer, laptop korang daripada menjalankan sebarang program. Dan yang terkini, Ransomware sudah dikesan telah menyerang handphone IOS (Apple) dan Android.

                                

Dalam bahasa mudah, Ransomware merupakan salah satu cara baharu untuk penggodam dapatkan wang dengan mengunci komputer, laptop, handphone dan meminta wang sekiranya nak unlock balik. Kebiasaannya, para penggodam menggunakan nama FBI untuk menunjukkan bahawa sesebuah peranti itu dikunci oleh orang atasan untuk menunjukkan kebenaran kepada pemilik peranti tersebut.


BAGAIMANA RANSOMWARE TERSEBAR?
Ciri-ciri virus Ransomware tidak berbeza dengan virus-virus lain seperti trojan, worm dan malware dan penyebaran virus Ransomware ini ialah melalui internet. Sekiranya anda meng-klik link yang mempunyai virus Ransomware atau mendownload file yang sudah di jangkiti virus jenis ini, maka penyebaran virus akan bermula selepas korang siap download.

Sekiranya file yang korang download merupakan setup bagi software (.exe file), maka penyebaran akan berlaku selepas korang siap install software tu.


BAGAIMANA PAPARAN PERANTI SETELAH DIKUNCI?
Aku tau mesti ramai yang nak tau macam mana rupa bentuk komputer atau handphone selepas kena kunci dengan virus Ransomware, kan? Kalau korang nak tau, penggodam akan memaparkan paparan notis ataupun mesej tentang kenapa komputer dikunci dan bagaimana nak unlock balik. Tak paham? Tengok rajah cepat!

Penggodam menggunakan nama FBI untuk menipu.

Salah satu penipuan daripada penggodam iaitu mengguna
nama FBI. Dulu, aku kena yang ni laa~ xD

Handphone IOS (Apple)

Handphone Adnroid
KESIMPULAN
Jadi, pengertian dan bahaya Ransomware dah aku jelaskan, so, korang kena berhati-hati la yaa. Elakkan daripada meng-klik link yang nampak meragukan. Elakkan juga mendownload file daripada sumber yang tak boleh di percayai. Kalau kena Ransomware, cuba buat research kat internet. Rajin-rajin laa yaa~ :D

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...