Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

31.5.14

Tutorial Tukar Theme Google, Facebook dan Banyak Lagi! [Stylish]

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Tukar Theme Google, Facebook dan Banyak Lagi! [Stylish]| Awal tahun 2014 ni, ramai spammer telah bertindak jahat dengan menyebar virus script automantion dalam facebook dengan menge-post kononnya boleh tukar theme facebook. Tetapi hakikatnya tu semua palsu, ianya hanya virus automantion.

Tapi bagi yang nak juga tukar theme facebook korang tu, kat sini aku akan share dengan korang caranya. Bukan setakat facebook jer, malah dengan google, youtube dan banyak lagi korang boleh tukar. Jom sergah!


Untuk menukar theme ni, kita akan menggunakan Stylish. Apa tu Sylish? Software ke? Jawapannya tidak, stylish ialah plugin/extensions yang digunakan untuk menukar theme website yang ternama.

First, korang install dulu plugin ni ke browser korang.
Google ChromeInstall Stylish Plugin
Mozilla Firefox  - Install Stylish Plugin

Lepas siap install, korang akan dapati di bahagian atas, kanan browser korang akan ada ikon Stylish. Untuk tukar theme, korang pergi pada website itu, klik pada ikon Stylish tu dan pilih Find more styles for this site



Lepas klik tu, korang akan di bawa pada website yang mempunyai theme website korang nak tukar tadi. Pilihlah yang mana korang berkenan. Nak search yang lain pon boleh!



Sesetengah theme ada menyediakan gambar background yang banyak. Selain tu, korang nak letak gambar sendiri pon boleh, korang klik pada Choose File dan pilihlah gambar korang. Dah pilih yang berkenan? Kalau dah, klik jer pada +Install with Stylish



Kalau korang nak buang pulak theme tu, korang klik pada ikon stylish dan klik pada Delete. Done!


Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...