Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

16.5.14

Mencipta Gambar Berkotak 3D [Phostoshop]

Assalamualaikum~! :)

Mencipta Gambar Berkotak 3D [Photoshop]| Wassup reader ICT! Sorry tajuk entri pening sikit! ><" Okay, okay, Straight to the point! Untuk entri kali ni, aku akan tunjukkan kat korang bagaimana cara nak buat gambar dalam bentuk kotak macam gambar kat atas tu.



Firstly, korang perlukan gambar kotak kosong. Korang boleh cari kat google image jer. Klik kanan pada gambar and then pilih Save image as... Selepas korang ada kesemua gambar, import gambar tu ke dalam Photoshop. Untuk tutorial ini, aku akan gunakan gambar pantai.


Buka gambar yang pertama, korang klik dua kali (double click) pada layer yang berkunci. Klik cepat-cepat! Akan keluar satu window New Layer, klik OK jer.


Kemudian, korang drag gambar yang telah di unlock tadi ke atas gambar kotak menggunakan Move Tool (keyboard shortcut = V). **Kalau korang tak unlock gambar tadi, gambar tidak boleh di-drag.


Untuk kecilkan gambar, korang boleh klik pada Edit > Free Transform (Keyboard shortcut = Ctrl+T) Hold Shift dan kecilkan gambar untuk mengekalkan saiz gambar.


Masih lagi gambar dalam keadaan Free Transform, korang hold Ctrl dan padankan bucu gambar bersama bucu kotak. PASTIKAN KORANG HOLD CTRL!


Kemudian, ulang semula step yang sebelum ini untuk meletakkan gambar yang lain pada kotak itu. [Unlock gambar > drag gambar ke atas gambar kotak > Kecilkan gambar > padankan bucu gambar pada bucu kotak]


Dan sekali lagi, ulang balik step yang sebelum ini untuk meletakkan gambar yang lain pada kotak tadi sehinggalah lengkap kesemua permukaan kotak. Dan sekarang gambar korang sudah siap! :D


Kalau korang masih lagi rasa tak paham dengan tutorial ni, korang boleh tonton video kat link ni, http://www.youtube.com/watch?v=XS7zwoh_CQo ! 

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...