Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

2.8.14

Menyunting Gambar Support Gaza daripada Aman Palestin

Assalamualaikum~ :)

Menyunting Gambar Support Gaza daripada Aman Palestin| Saper yang tak kenalkan dengan page Facebook Aman Palestin tu yang sentiasa berupdate tentang isu-isu peperangan dan kekejaman rejim zionis Israel laknatullah di Gaza dan juga tentang kejayaan Briged Izzudin Al-Qassam dalam menentang askar-askar Israel ni.

So pada 1 Ogos 2014, seorang Facebookers, Nur Hidayah telah pun menghasilkan satu gambar support Gaza (gambar atas tuu~)  dan dikirimkan kepada Aman Palestin bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin. Kat gambar tu, korang boleh tuliskan nama korang pada gambar. Aku tengok ramai yang tak berapa nak reti edit gambar tu jadi aku mengambil kesempatanlah untuk tolong ajarkan serba sedikit apa yang patut. Btw, step yang aku akan ajarkan ni khas untuk simple dan mudah jer iaitu guna tool Paint.  Kalau korang nak lebih advance, boleh guna Photoshop, Gimp atau lain-lain. #SupportGAZA

Step 1
Pilih dulu gambar yang mana satu sesuai dengan korang kat bawah ni. Klik kasi besar dan clear dulu gambar > Lepas dah besar dan clear, klik kanan pada gambar > pilih save image as...

Malaysia

Indonesia

Brunei

Singapura

Step 2
Pilih tempat yang korang nak savekan gambar tu. Cth: desktop > klik Save.

Step 3
Di desktop korang, klik kanan pada gambar yang di save tadi dan pilih Edit

Step 4
Kat Paint ni, korang klik pada Text tool iaitu simbol huruf 'A'. Kemudian, klik pada ruangan gambar yang korang nak letakkan nama korang kat situ. Taiplah!

Final
Savekan gambar yang korang siap edit tadi dengan klik pada simbol disket pada atas, kiri. Done!

Jadikan gambar tu sebagai profile picture korang untuk menunjukkan sokongan korang terhadap Palestin. InsyaAllah! :)

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...