Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

27.7.14

Kelajuan 5G Tunjuk Belang

Assalamualaikum~! :)

Kelajuan 5G Tunjuk Belang| Di kala Malaysia masih lagi merangkak-rangkak dalam pencapaian kelajuan network 4G yang dapat dikira pantas itu, kita pasti terkejut apabila dikabarkan dengan kelajuan network 5G.
Dan kini, syarikat gergasi luar negara telah pun melakukan ujian, cubaan ke atas kelajuan network 5G. Meskipun masih tiada standard yang ditetapkan terhadap kelajuan 5G, namun, dikatakan pencapaian kelajuannya telah meninggalkan jauh sekali kelajuan 4G iaitu sebanyak 250 kali ganda melebihi kelajuan 4G.

Tidak lama itu pula, syarikat Ericsson telah menyatakan bahawa mereka telah berjaya melakukan pemindahan data pada kelajuan 5Gbps dalam satu ujian yang dijalankan. Ini dapat menunjukkan bahawa kelajuan 5G telah melintas kelajuan Google Fiber pada 1Gbps.

Kalau korang rujuk gambar yang kat atas tu, ini dapat disimpulkan bahawa video yang bersaiz 800MB kalau didownload menggunakan kelajuan 5G, korang hanya perlu tunggu selama 1 saat jer!! *korek hidung pon tak sempat*

Walaupun begitu, kelajuan internet 5G ini masih belum dapat dikeluarkan secara umum kepada masyarakat dan berkemungkinan hasrat menggunakan internet sepantas ini masih belum dapat direalisasikan dalam tempoh tahun terdekat ini. Berkemungkinan pada tahun 2020 Malaysia dapat merealisasikan internet sepantas ini.

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...