Mencipta Colourful Text [Photoshop]
Tutorial Tulisan Colourful [Photoshop]| Hellooooo reader! Hari ni aku akan membawa entri yang pertama tentang pHoToShOp!!! Untuk entri photoshop yang pertama ini, aku akan tunjukkan cara yang mudah jer. Benda yang korang perlu ada mestilah software Adobe Photoshop.
Btw, cuba korang tengok text 'assalamualaikum' kat atas tu. Colourful, kan?! So, untuk entri kali ni, kita akan cuba buat text colourful seperti tu.
Lihat dan tiru!
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Step 1, buka software Adobe Photoshop korang. Create new layer di File > New... ataupon korang boleh guna shortcut,
Ctrl + N. Isi tempat kosong berkesesuaian dengan feveret korang.
Klik T di bahagian selection tab ataupon T di keyboard korang. And then taip kat atas layer yang korang baru create tadi. Lepas siap taip, korang double klik kat Layer yang ber-ikon 'T' di bahagian kanan photoshop korang.
Lepas korang double click layer tu, akan keluarlah satu pop-up window Layer Style. Korang tick and klik di bahagian Gradient Overlay.
Di bahagian Gradient Overlay, korang klik kat gambar anak panah (▼). Akan keluarlah dropdown colour selection untuk korang. Untuk menjadikan text korang warna-warni, korang pilihlah box yang ada colour warna-warni tu.
Dari situ, korang dah boleh tengok yang text korang dah jadi colourful. Btw, kalau korang nak setkan direction warna tu menegak ke, mendatar atau lain-lain, korang boleh adjust di bulatan tu. Siap, klik OK!
Sekarang text kita dah jadi colourful. Tapi... macam ada benda yang cacat jerr?!!! ermmm.. Yup! Untuk menjadikan text kita lebih menyerlah, kita boleh letak stroke.
Dan sekali lagi, korang double klik di bahagian layer yang ber-ikon 'T' tadi. Layer Style akan keluar. Sekarang, korang tick and klik di bahagian Stroke pulak. Kat situ, korang boleh godek-godek lagi untuk adjust colour, tickness (ketebalan), kedudukan stroke. Klik OK lepas siap!
Walaweyy! Sekarang text korang dah berwarna-warni and cantik. Untuk menyerlahkan lagi text korang, boleh laa korang usha-usha di bahagian Layer Style tadi. Banyak lagi benda yang ada kat situ.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Wassalamualaikum~