Muhammad Asyraaf, "Macam mana nak buat virtual HDD (Hard disk)?"
Okay! Jangan risau, jangan pening. Aku akan share caranya dengan korang, ok?! Untuk pengetahuan korang, tutorial kali ini tidak akan menggunakan satu pon software :D
#NoDownloadNeeded!
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Let's begin!
✎ Fisrt, bawa cursor korang ke bawah, bucu, kiri sehinggalah keluar Start. Klik kanan di Start tu and then pilih Disk Management.
✎ Satu pop-up Disk Managment akan keluar. Korang ke Action tab lepas tu pilih Create VHD. Lepas korang klik tu, pop-up Create and Attach Virtual Hard Disk akan keluar. Di bahagian Location tu, korang kena browse tempat yang korang nak savekan file .vhdx untuk virtual hard disk korang nanti. **mana-mana pon boleh ... Manakala di bahagian Virtual hard disk format pula, korang boleh pilih MB, GB atau TB. Kalau korang hendak pilih TB, pastikan yang komputer korang boleh support.
✎ Lepas siap setting kt pop-up Create and Attach Virtual Hard Disk tadi tu, korang klik OK. Sekarang ni, komputer korang sedang Creating Virtual Disk... Lepas tu, klik kanan kat
Disk 3 dan pilih Initialize Disk (macam dalam gambar) dan klik OK.
✎ Kat kotak Unallocated pulak, korang klik kanan dan pilih New Simple Volume...
✎ Lepas klik New Simple Volume tadi, korang akan dibawa ke satu pop-up wizard. Kat situ, korang klik next jer sehinggalah sampai ke tempat untuk korang pilih letter untuk virtual hard disk korang.
✎ Da siap pilih? Kalau dah siap, korang klik Next jer sehinggalah sampai ke tempat untuk korang klik Finish. Bila korang klik Finish, virtual hardisk korang dalam proses Formating...
✎ Untuk mendapat kepastian lagi, korang boleh pergi ke My Computer untuk tengok virtual hard disk yang korang buat tadi tu. **aku buat 2TB punya sebab laptop aku dapat support.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Fuhh! Penat oo buat tutorial kali ni...
Btw, kalau korang ada apa-apa yang tak faham, boleh laa komen
kat bawah ni, In Sha Allah aku akan jawab! :D
Wassalamualaikum~