Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

8.1.14

Storan Awan 100GB Percuma - SurDoc


Storan Awan 100GB Percuma - SurDoc| Sebelum ini korang sudah di perkenalkan dengan storan awan dan telah di sediakan dengan senarai storan awan. Bagi penggemar storan awan, Dropbox, Cloud dan lain-lain sudah tidak menjadi asing lagi bagi mereka. 

Bagi penggemar storan awan, pastinya mereka inginkan saiz storan dan sekuriti yang terbaik serta percuma. Inilah yang disediakan oleh syarikat SurDoc Corporation. Storan awan SurDoc menyediakan 1 tahun penggunaan 100 gigabait percuma kepada semua pengguna yang berdaftar dengannya. Cukup 12 bulan (1 tahun), pengguna akan dikenakan bayaran untuk menyambung penggunaan servis ini untuk tahun seterusnya.



Dari segi keselamatan dan privasi pengguna, SurDoc's TruPrivay Technology memberi kawalan sekuriti yang berkesan dan berkesan kepada setiap pengguna yang berdaftar. Setiap data-data yang disimpan di dalam storan ini akan dikawal dengan sekuriti yang penuh dan tidak dapat diakses oleh orang lain dan tidak akan berlaku kecurian data.

Dari segi back up data pula, SurDoc menyokong ratusan komputer untuk melakukan back up hanya ke dalam satu akaun SurDoc sahaja dan ianya diberi percuma kepada kita. (Melainkan data yang disimpan melebihi had storan)

Selain itu, SurDoc's VisiDoc Technology juga menyokong kesemua peranti untuk melakukan pengaksesan ke akaun SurDoc untuk mengakses data.

Rasanya setakat ini sahaja penerangan tentang storan awan SurDoc ini. Kalau korang rasa khidmat storan awan yang di sediakan percuma untuk kita ni sesuai dengan citarasa korang, cepat-cepat laa daftar kat sini yaa, SurDoc Coporation.

Dan kalau korang rasa yang saiz 100GB tu masih tak cukup, boleh laa korang usha2 benda ni.. :D



Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...