Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

29.3.14

Perkhidmatan Edit Gambar Secara Online dan Percuma [PIXLR]

Assalamualaikum~! :)

Perkhidmatan Edit Gambar Secara Online dan Percuma - Pixlr| Siapa sangka?! Dalam kita seronok melayari internet, mencari crack software adobe photoshop, kita tidak perasan bahawa terdapat laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan mengedit gambar secara pro, online dan juga percuma! 

Ini merupakan satu pendedahan yang baru kepada korang dan juga aku sendiri. 
Baca lagi, Baca lagi! :D
Website yang aku sebut-sebutkan tadi adalah PIXLR. PIXLR menyediakan khidmat mengedit gambar sehingga 3 pilihan iaitu:
  ♫♪ Pixlr Editor
  ♫♪ Pixlr Express
  ♫♪ Pixlr O-Matic

Pixlr Editor
Pixlr Editor merupakan pilihan pertama bagi mengedit gambar di dalam perkhidmatan PIXLR. Rupa bentuknya hampir sama dengan software Adobe Photoshop yang selalu kita gunakan itu.

Di dalam Pixlr Editor, korang di beri 4 mod pilihan untuk meng-edit gambar. Pertama, korang boleh mencipta satu ruang kerja kosong dan menghasilkan gambar di atas ruang kerja itu. Kedua, korang dibenarkan import gambar dari komputer korang ke dalam Pixlr Editor dan meng-edit-nya sesuka hati. Ketiga, korang boleh memasukkan URL gambar yang ingin di edit. Dan yang akhir sekali, korang boleh meng-edit gambar melalui akaun PIXLR sendiri. Di dalam mod ini juga terbahagi kepada 3 pilihan iaitu gambar daripada Facebook, Picasa dan juga Flickr. (memerlukan sign up). 

Tools yang di bawa oleh Pixlr Editor juga sama dengan Photoshop tetapi hanya sedikit sahaja yang ada. Antara tools yang di bekalkan oleh Pixlr Editor kepada kita ialah Crop tool, Move tool, Marquee tool, Wand tool, Lasso tool, Pencil tool, Brush tool, Gradient tool, Paint Bucket tool, Eraser tool, Clone stamp tool, Colour Replace tool, Drawing tool, Blur tool, Sharpen tool, Smudge tool, Sponge tool, Dodge tool, Burn tool, Red eye reduction tool, Spot heal tool, Pinch tool, Bloat tool, Colour picker tool, Type tool, Hand tool dan Zoom tool.

Pixlr Express


Sesuai dengan nama yang diberikan, Express! Pixlr Express memberikan khidmat mengedit gambar secara cepat, telus dan mudah difahami. Seperti biasa, ia memberi kita empat pilihan untuk mengedit gambar. Browse - import dari komputer. Open URL - melaui URL gambar. Webcam - gambar melalui webcam. Collage - gambar import dari komputer juga tetapi dalam bentuk 4 petak.

Mod Collage
Hampir kesemua yang diinginkan cukup lengkap tersedia di dalam Pixlr Express ini! Di bahagian Adjustment, korang boleh mendapatkan pelbagai tool yang cukup mudah untuk di fahami dan diguna. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga hiasan tambahan seperti Borders, Stickers dan juga Effect.

Pixlr O-Matic

Pixlr O-Matic membawakan kesan khas yang sempurna dan juga mudah untuk difahami bagi penggiat baru di dalam photo editor ini. Di sini, tidak banyak yang dapat dilakukan. Hanya boleh menambah efek seperti Lens Flare, Texture dan banyak lagi. Anda juga boleh menukar FX gambar serta menambah border pada gambar. 

Untuk mengubah kepada bahagian yang lain, korang hanya perlu klik pada meter berwarna itu.Terdapat juga mod edit shuffle yang disediakan. Sekiranya korang klik shuffle(ikon arrows di tepi meter), gambar akan ter-edit dengan sendirinya berdasarkan pilihan komputer.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kesimpulannya, bagi yang baru ingin bergiat dalam bidang photo editor ataupun yang hanya nak "kenal-kenal" jer, aku sarankan korang cuba dulu di PIXLR ni. Tidak perlu lagi mendownload software Photoshop atau yang lain kerana rupa bentuknya hampir sama dengan Photoshop.

So, tunggu apa lagi? Cepat-cepat laa pergi daftar dan cuba PIXLR ni!! :D

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...