Home Tutorial Info Photoshop LOTW Contact Me

23.3.14

Apa itu Operating System (OS)??


Apa itu Operating System (OS)?| Assalamualaikum guys! Alhamdulillah, hampir sebulan hujan tak turun kat Kelantan ni, akhirnya dengan usaha, doa, berkat solat sunat hajat dan tawakkal, bumi Serambi Mekah ni di curah dengan hujan rahmat. Alhamdulillah again~! :D
*Rasa malas nak mengarang entri pon ada time ni.. -,-

Okay lah! Untuk entri kali ni, aku akan perkenalkan kepada korang apa benda tu Operating System atau lebih dikenali dengan gelaran OS. Nak tahu? Klik Read More cepat-cepat! :D

Untuk pengetahuan korang, Operating System (OS) adalah perisian yang mengendalikan Mesin Komputer. Operating System menjalankan kerja-kerja asas seperti memproses isyarat input dari keyboard, menghantar isyarat output ke monitor, mengawalselia fail dan direktori di dalam cakera storan dan mengawal peranti Input/Output seperti pemacu cakera (Disk Drive), mesin pencetak (Printer), keyboard, tetikus (mouse) dan lain-lain output. - Rujukan: OS


Majoriti komputer yang dicipta (selain produk apple) adalah berlandaskan operating system Window. Ini menyebabkan syarikat Microsoft Windows adalah pengeluar terbesar kepada operating system.

Kesimpulannya, Operating System adalah penting untuk setiap komputer. Tanpa OS, komputer tak dapat hidup dan memproses data-data di dalam komputer. 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Okayy~! Ni jer untuk etri kali ni. So, amacam? Faham dak?
InsyaAllah, untuk next entri aku akan membawakan senarai OS yang ada.
Cer komen, komputer korang tengah guna operating system apa sekarang? :D

Wassalamualaikum~
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...