21.3.14

Tutorial Menukar Ikon Pendrive

Hellooo assalamualaikum! Waaaaa, dah lama rasanya x update entri kat blog ICT ni?! Sori reader, akaun Gmail aku dah lupa pass sebab lama sangat dah tak buka. Nasib baik dapat recover balik. Fuhh! :D *entri LOTW pon dah x tau jd camner dah?! -,-

Okay, okay, okay! Less talk, more work. Oleh kerana aku dah lama tak update entri, so kali ni aku akan membawakan satu entri tutorial yang terbaikkk punya dan mungkin ada yang dah tau caranya. Okay, teruskan membaca yaa! :D
Once again, less talk, more work! :D

1. Untuk menukar ikon pendrive, apa yang korang perlukan ialah semestinya satu pendrive, satu fail notepad dan juga satu image yang berformat ikon (.ico)
Lihat bagaimana ikon pendrive aku bertukar.
2. Okay! Pertama-tamanya, korang memerlukan gambar yang berformat ikon (.ico). Sekiranya tiada, jangan risau. Korang boleh convert format gambar lain (jpg, jpeg, png dll) di website convertico ini.

3. Selepas korang dah ada gambar ikon, step seterusnya ialah cucukkan pendrive korang ke komputer korang. Buka notepad dan seterusnya taip ini:

[AUTORUN]
Icon=namaikon.ico

4. Siap taip, korang pon save as... fail notepad tu dengan nama autorun dan pastikan yang korang letak format .inf di belakangnya. Contoh, autorun.inf <-- Pastikan nama autorun dan .inf itu ada di belakangnya. Sekiranya tiada, ikon pendrive korang tidak akan bertukar.

5. Letakkan fail notepad dan gambar ikon korang di dalam pendrive korang bersama
JANGAN LETAK DI DALAM MANA-MANA FOLDER, LETAK DI LUAR FOLDER!

6. Dan sekarang korang dah siap! :D Hanya cabut pendrive korang dan cucukkannya kembali ke komputer. Dengan serta merta ikon pendrive korang akan bertukar. Semoga berjaya! 

Nota!
Sesetengah antivirus akan mendelete fail notepad yang berfungsi sebagai autorun dan ini menyebabkan cara ini tidak berkesan ke atas pendrive korang. Tapi jangan risau, fail autorun bukanlah virus mahupun malware. :D

p/s: kalau ada error ataupun tak menjadi, that's mean yang korang buat ada yang tak kena. Tak tau, komen. Tak menjadi, komen. Okay! :D

Wassalamualaikum~

Majulah IT Untuk Negara!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment