1.6.14

Tutorial Membuat Slideshow Desktop Background

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Membuat Slideshow Desktop Background| Desktop background merupakan paparan yang penting bagi komputer kita sebagai 'pengnghias' komputer. Jadi, sudah pasti kita inginkan gambar yang menarik, unik ataupun... slideshow?!


Btw sebelum kita mula, cuba perhatikan gambar bergerak yang kat atas tu. *Maaf, gambar kabur sikit!* Kita akan buat slideshow background seperti tulah. Okay, let's start!
Pertama sekali, korang perlukan gambar sekurang-kurangnya dua gambar (lagi banyak, lagi okay!) Untuk dapatkan gambar yang menarik dan berkualiti, korang boleh cuba cari kat website Wallbase ni.


Selepas ada kesemua gambar, korang simpan semua gambar tu dalam satu folder. 

Kemudian, klik kanan pada desktop dan pilih Personalize. Akan keluar satu window Personalization. Klik pada Desktop Background.


Di Desktop Background, korang klik pulak pada Browse...


Cari folder gambar yang korang kumpulkan di dalam satu folder tadi. Pilih folder tu dan klik OK!


Sekarang, korang klik pada Select all untuk pilih kesemua gambar sebagai background. Sekiranya ada salah satu gambar yang korang taknak jadikan sebagai background, korang boleh untick pada gambar tu. Kat bawah tu pulak, korang boleh setting gambar yang akan dipaparkan mengikut kehendak korang. Kalau dah siap, klik Save changes. Siap~ :)

Wassalamualaikum~

Majulah IT Untuk Negara!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment