28.6.14

Semak Keaslian Handphone Lenovo Anda

Assalamualaikum~! :)

Semak Keaslian Handphone Lenovo Anda| Pada awal tahun 2014 ini, kita sering kali terjumpa dengan handphone lenovo yang melimpahi pasaran di Malaysia ini. Rambang mata jugak lah kan? Tapi, berapa banyakkah handphone lenovo itu yang asli (original) dan berkualiti? Jom kita cuba semak keaslian handphone lenovo korang tu!

Semak, semak, semak!
1. Pertama sekali, korang pegi ke laman web pengesana lenovo yang rasmi ni,
http://mobilesupport.lenovo.com/my/ms/warrantylookup

2. Ambil handphone lenovo korang, kemudian dial ni, *#06# Akan keluarlah nombor IMEI handphone korang. Sesetengah handphone akan keluar 2 sekaligus nombor IMEI.

3. Akhir sekali, masukkan nombor IMEI korang dan isikan tempat kosong lain (jika diminta nombor Captcha). Klik  Check Warranty !

Tahniah jika handphone korang asli. Dah tak perlu runsing dengan kerosakan atau ciplak, kan? Jika tidak dapat resultnya, itu bermakna yang handphone korang.... Paham2 laa kan?! hehe :3

Tip Membeli!
Ada baiknya sebelum korang membeli handphone (tak kiralah handphone apa pon), korang dah boleh kesan dengan harganya dulu. Kebiasaannya, handphone yang baik harganya lebih mahal berbanding yang ciplak punya. Selain tu, korang boleh tanya penjual tentang handphone tu habis-habisan sehinggalah dia buntu. (Hahaha!)

Wassalamualaikum~

Majulah IT Untuk Negara!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment