8.6.14

Layari Internet Tanpa Gangguan Iklan [AdBlock]

Assalamualaikum~! :)

Layari Internet Tanpa Gangguan Iklan [AdBlock]| Pernah tak bila korang sedang syok tengah main Facebook, Twitter, blogwalking, baca something kat internet tiba-tiba ada pop-up iklan yang keluar? Yaa, benda ni memang sentiasa berlaku di alam maya. Ini kerana pemilik website itu sendiri ingin mengaut keuntungan dengan menyewakan ruang kosong di bahagian website diorang dengan meletakkan iklan dari penaja-penaja yang ingin mengiklankan produk mereka.


Kalau korang tengok pada blog aku sendiri, korang akan dapati ada 3 iklan (bawah header, kat sidebar, bawah entri). Jadi, aku akan share dengan korang cara nak hilangkan iklan-iklan tu semua. Tapi janganlah hilangkan kat blog aku pulak, hehe.
Untuk menghilangkannya, kita akan gunakan plugin AdBlock. Apa tu AdBlock? Software? Jawapannya tidak sama sekali. AdBlock ialah plugin yang disediakan oleh pihak Google.inc untuk pengguna Google Chrome mahupun Mozilla sendiri. *Bagi pengguna Mozilla, aku tak pasti benda ni ada ke tak?!


1. Pertama sekali, korang kena install plugin AdBlock tu ke browser korang. Klik link kat bawah ni untuk install AdBlock~
Install AdBlock sekarang!
Klik pada  + Free  untuk meng-installnya. 

2. Kemudian, plugin itu akan di download ke komputer korang. Jangan risaulah, 696 KB jer!

3. Lepas siap download, dengan automatiknya plugin itu akan di tambah pada extension browser korang.

4. Korang akan dapati akan ada simbol AdBlock pada atas, bucu browser korang. Dengan automatiknya bila korang pergi ke website yang mempunyai iklan, iklan tu akan tiada dan hilang. Untuk wujudkan balik iklan tu, korang klik pada simbol AdBlock tu dan pilih pause AdBlock

Sekarang, bolehlah korang nak layari internet dengan tanpa gangguan iklan~! :)
p/s: Janganlah pulak korang hilangkan iklan kat website aku ni. Sedih aku nanti~ TT^TT

Wassalamualaikum~

Majulah IT Untuk Negara!

1 comment:

  1. Terima kasih lah untuk tutorial ni. Lepas hantar lappy utk format, bukan jadi tambah bagus, makin banyak pulak iklan2 yang tak berkenaan keluar. Sekarang saya dah dapat tipsnya. Terima kasih banyak2 admin.

    ReplyDelete