30.5.14

Tutorial Boot Dalam Safe Mode

Assalamualaikum~! :)

Tutorial Boot Dalam Safe Boot| Hello reader ICT yang awesome sekalian! Long time no see, kan? Biasa laa bagi budak hostel macam aku ni, time cuti macam ni laa baru boleh berhadapan dengan game, blog, fesbuk, tuiter dan lain-lain benda alah tu.

Baru-baru ni, aku dapat request dari seorang reader ICT (AkuGeek) untuk berkongsi cara mudah untuk boot ke dalam safe mode. So, entri kali ni khas untuk AkuGeek! :D


Pertama sekali, korang tekan window+R di keyboard. Akan keluar satu pop-up Run. Kat ruangan kosong tu, korang taip msconfig dan klik OK!


Kemudian, pop-up System Configuration akan keluar, klik pada tab Boot. Di bahagian Boot options, korang tanda pada safe boot. Di situ, korang boleh pilih jenis Safe Mode:

  • Minimal - safe mode yang biasa.
  • Alternate shell - safe mode berserta command prompt
  • Network - safe mode berserta networking.

Selepas siap semua, korang klik Restart. Dan sekaang komputer korang akan restart dalam safe mode.

Note! 
Untuk kembalikan kepada boot seperti biasa, korang kena lakukan sekali lagi cara di atas semua dan untick pada Safe Boot di step yang ke-2 tadi.

wassalamualaikum~


Majulah IT Untuk Negara!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment