2.5.14

Klasifikasi, Platform & Genre Game


Assalamualaikum~! :)

Klasifikasi, Platform & Genre Game| Bagi penggemar games atau lebih dikenali dengan Gamer, mereka sudah tidak asing lagi dengan perkataan RPG, MMORPG, FPS dan lain-lain. Perkara ini sudah sebati dengan kehidupan mereka.

Tapi bagi mereka yang baru mendalami dalam game ini, sejauh manakah mereka mengenali benda ni semua? Untuk pengetahuan korang, game juga turut mempunyai kategori dan genrenya tersendiri. Jom, mari menelusuri dunia para Gamers ni! :D

PLATFORM GAME YANG DIGUNAKAN
● Arcade Games
Arcade game ialah permainan video yang dimainkan menggunakan mesin seperti sebuah kotak besar dan mempunyai butang untuk mengawal karakter gamenya. Biasanya ia berada di suatu tempat yang khusus seperti di tempat hiburan, hotel dan lain-lain tempat. Ada juga yang mempunyainya secara pesendirian. Sesetengah arcade game dibina bersama alat seperti pistol, kerusi khusus, sensor gerakan dan stereng kereta untuk membuat pemainnya berasa seperti "masuk" kedalam game.


● PC Games
PC games ialah game yang dimainkan di dalam personal computer atau komputer persendirian. Game yang hendak dimain hendaklah diinstall dulu melalui CD ataupun download.

● Console Games
Console games ialah dimana game yang dimainkan mesti menggunakan console tertentu untuk mengawalnya. Contoh console game ialah Playstation 4, XBOX One, Nintendo Wii.

● Handheld Games
Handheld games ialah game yang juga dimainkan menggunakan console khusus yang mudah dan dapat dibawa kemana-mana sahaja seperti Sony PSP, PSVita, Nintendo DS.

● Mobile Games
Mobile games ialah game yang dimainkan melalui handphone atau PDA.

GENRE VIDEO GAMES
● RPG (Role Playing Game)
RPG ialah game yang dimana pemainnya bermain game perang. Biasanya karakter yang dimainkan oleh pemain adalah protagonis dan hero di dalam game itu. Hero juga dapat berubah dan berkembang kepada kehendak pemainnya. Watak-watak yang dimainkan dapat meningkat levelnya baik dari status kekuatan(strengh), kepintaran(intelligent), kepantasan(speed), kekuatan serangan(damage) dan lain-lain. Contoh Role-Playing-Game ialah Final Fantasy, Dragon Quest, Xenogears.

● RTS (Real Time Strategy)
RTS ialah genre game yang berupa permainan game yang mempunyai ciri pertempuran dan perang yang dimana pemainnya mempunyai satu negara dan negara tersebut dikawal dengan mengumpul hasil sumberdaya, memaju pembangunan negara, meningkatkan ekonomi, pengembangan pendidikan. Pemain dapat melatih askar dan membeli robot tempur untuk menyerang pihak lawan. Antara game RTS ialah Command and Conquer, Red Alert, Age of Empires.

● FPS (First Person Shooter)
FPS ialah jenis game tembak-menembak dengan sudut tampilan bagi pemain ialah sudut pandangan mata hero. Kita akan nampak tangan dan senjata yang dipegang oleh hero. Permainan ini dapat melibatkan ramai orang pemain. Hero akan berperang dengan manusia, alien mahupun robot. Game bergenre FPS ini biasanya dibagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan saling berperang. Antara game bergenre FPS ialah Call Of Duty, Condition Zero, Half Life.

● LARP (Live Action Role Playing)
LARP ialah permainan yang dimana tidak melibatkan video game sekalipun tetapi pemainnya boleh bertindak sebagaimana hero di dalam game yang mereka sering bermain. Pemain akan memakai kostum dan menggunakan alat-alat yang digunakan sesuai dengan hero, dunia dan cerita yang dimainkan.

● MMORPG (Massively Multiplayer Online Role Playing Game)
MMORPG ialah game RPG yang dimainkan oleh ribuan pemain dan ianya dimain bersama di atas talian. Antara game MMORPG ialah Dota 2, World of Warcraft, Ragnarok.

● Life Simulation Games
Game simulasi kehidupan ini melibatkan segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia seharian. Pemainnya akan mencipta seorang avatar dari segi wajah, susuk badan dan perangai mengikut kehendak tersendiri. Pemain bertanggungjawab untuk mengawal avatar dari segi perbelanjaan, pemakanan, pembelajaran, pekerjaan, tidur, mandi, berkeluarga dan lain-lain perbuatan manusia. Game bergenre seperti ini begitu sama dengan kehidupan manusia biasa. Antara game bergenre ini ialah The Sims 4, Second Life.

Sebenarnya banyak lagi genre game yang lain seperti Vehicle Simulation, Action Game, Adventure Game, Manager Simulation, Racing dan Sport dan aku dah penat menaip, korang boleh google jer genre yang lain ni.

Wassalamualaikum~

Majulah IT Untuk Negara!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment