11.4.14

Kategori Movie di Internet


Assalamualaikum~! :)

Kategori Movie di Internet| Bagi penggemar mendownload movie, mereka sudah tidak asing lagi dengan perkataan camrip, TS, R5, PPVRip, DVDrip dan juga BRRip. Tapi, sejauh manakah mereka mengenali maksud sebenar perkataan ini semua?

Untuk pengetahuan korang, movie yang korang muat turun dari internet juga mempunyai kategorinya tersendiri. Ini kerana, kategori-kategori ini dapat mengklasifikasikan kualiti video daripada yang tinggi kualitinya sehinggalah rendah kualitinya. Bukan sahaja pada videonya, malahan pada audionya juga.


♠ CAMRip 
Pernah tak korang download movie dari internet and then bila korang sedang syok menonton tu, tiba-tiba ada bayang-bayang orang muncul kat tepi atau tengah movie tu? Movie seperti ini dikategorikan sebagai CAMRip. CAMRip ialah movie yang direkod di panggung menggunakan kamera digital. Kebiasaannya, movie ini direkod menggunakan mini tripod dan adakalanya ia direkod secara manual jer (pegang dengan tangan). Di sebabkan itu, movie ini akan bergoyang, bergetar dan terjatuh. Kedudukan kamera juga tidak tetap. Kadangkala ia akan dirakam dari sudut tepi panggung.


Bayang-bayang orang, kualiti agak teruk.
Audionya pula agak teruk. Ini disebabkan oleh bunyi yang direkodkan adalah dari mikrofon terbina dalaman (Internal Audio Source) dan mengakibatkan suara penonton lebih jelas kedengaran berbanding bunyi movie itu sendiri.

 Telesync (TS) 
Telesync atau TS. Kategori ini juga tiada perbezaannya dengan CAMRip. Ia juga dirakamkan di panggung tetapi ianya menggunakan sumber audio luaran (External Audio Source) untuk mengurangkan bunyi bising daripada penonton tetapi ini tidak menjamin kualiti audio yang terbaik. Kebanyakan movie TS direkod di panggung wayang yang kosong dan menggunakan kamera yang professional. Ini dapat memberikan kualiti video yang agak baik kepada kita.

 PPVRip 
PPVRip ialah singkatan bagi Pay-Per-View Ripped dan ia dikatakan datang daripada sumber Pay-Per-View. Dan apa yang menarik ialah kebanyakannya merupakan movie baru yang masih belum keluar di panggung apatah lagi DVD dan ianya khusus untuk pelanggan hotel sahaja. 
(Hotel 5 jer kot?!)

 R5 Retail (R5) 
R5 merujuk kepada format DVD yang spesifik yang dikeluarkan dalam bentuk DVD Region 5, bertujuan untuk melawan kegiatan cetak rompak. Cara pengeluaran DVD tradisional agak lama, jadi industri memilih untuk mengeluarkan format DVD yang baru, yang lebih cepat lagi dengan harapan dapat melawan kegiatan lanun-lanun cetak rompak daripada mengaut untung begitu sahaja. 
Credit to: www.omghackers.com

 DVDRip 
Salinan daripada pengeluaran terakhir DVD. Biasanya DVDRip dikeluarkan dalam format SVCD dan DivX/XviD. Kualiti video dan audio terbaik dan berbaloi untuk dimuat turun. 
Credit to: www.omghackers.com

 BRRip 
Salinan daripada pengeluaran terakhir blu-ray. Format terbaik untuk dimuat turun akan tetapi saiznya agak besar berbanding DVDRip. Terdapat perbezaan antara BBRip dan BDRip iaitu: 
- BRRip = fail XviD yang di-encode dari keluaran blu-ray.
- BDRip = fail XviD yang di-encode secara terus dari sumber disk blu-ray. 
Credit to: www.omghackers.com

Wassalamualaikum~

Majulah IT Untuk Negara!

1 comment: