Tutorial Menginstall ISO File
Tutorial Menginstall ISO File| Hey guys! Last entri sebelum aku balik hostel. Okay! Sebelom kita start tuto kali ni, kita mesti tahu apa itu ISO file atau disk image. Disk Image ialah satu salinan CD atau DVD dalam bentuk fail. Disk image ini biasanya terdapat dalam format .iso.
So, kat bawah ni aku akan tunjukkan cara menginstall ISO fail ini.
Baca, faham dan ikut!
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Step 1, benda pertama yang korang mesti ada ialah software Daemon Tools Lite. Download kat sini, Eye See Tea Blog. Bentuknya macam dalam gambar kat bawah ni...
Step 2, korang mesti mempunyai file yang berformat ISO. Kat bawah ni aku ada setup game Contrast yang berformat ISO.
Step 3, korang buka software Daemon Tools Lite tadi dan klik ikon hard disk+ DT. Lepas korang klik tu, Daemon Tools korang tadi sedang membuat virtual device.
(macam dalam gambar)
Step 4, korang klik ikon ISO file+ tu dan korang pon diminta untuk membrowse fail ISO korang tu. Lepas tu, cari la! Lepas siap cari, kat bahagian Image Catalog tu, akan keluarlah file ISO yang korang browse tadi dalam keadaan yang telah sedia untuk diMountkan.
Step 5, korang klik kat file ISO tu and then klik plak kat Mount (ikon play). Dengan sendirinya, file korang sedang dimountkan.
Last step, cuba korang buka My Computer korang, akan terpampanglah virtual DVD ROM untuk file ISO yang korang mountkan tadi. Sekarang, boleh laa korang nak installnya seperti biasa.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Wassalamualaikum~
Majulah IT Untuk Negara!